Sunday, November 1, 2009

Azalina tak keharuan ??????

Kawan kelakor juge bila dengar khabor bahawa Azalina mengadu nasib dengan TSYM masa lawatan TSMY ke Pengerang baru baru ini. Kate nya Azalina mintak jadi menteri kabinet balik dalam ucapan dia . entah ia , entah tidak kawan pun tak pasti , tapi gitu le cerita orang orang kampung sini, ramai lah orang orang di felda felda ini berkata Azalina merayu mintak jadi menteri kembali. kalau jadi , bagus juge.... Ketua bahagian kita menteri.


Ada kawan kawan kita beritahu dengan kawan, katanya datuk skarang sudah tidak keharuan apabila dia tidak menyangka orang orang Pengerang ni pandai baca internet. Kabornya semua sudah tahu tentang pendedahan datuk dan ramai yang sudah tahu cerita sebenar Datuk Seri Azalina ini. Malu amat kepalang , tetapi dalam pada malu itu Datuk ini memang terkenal juga dengan muka kulit tebalnya,

Yang lagi best ada juga kawan kawan dari pejabat yang berpengaruh bercerita kepada kawan, katanya sebenarnya Datuk Azalina ini sangkut dah dengan SPRM , cuma belum lagi nak diumumkan saja lagi , menunggu masa yang terbaik dan waktu yang baik saja lagi, tak tahu lah kawan sejauh mana betul nya cerita ini , tapi ini lah yang hangat di perkatakan, Masa depan datuk dalam politik rasanya sudah hanyut di bawa arus laut Cina Selatan. Tunggu masa saja, Sesiapa yang ikut arus sama sama dengan Datuk ini rasanya akan ikut arus juga.

Eloklah jangan buang masa , cari lah jalan yang baik untuk selamatkan politik masing masing, Harun masih bertahan, Orang Politik macam Harun ni liat sikit nak mati. Azalina sebenarnya nak mati kan terus politik Harun baru baru ini tapi Harun bijak , Ada wee lagi , Harun masih bernafas, bukan nafas ikan , kini bertambah kencang nafas dia,. Azalina pulak yang bernafas ikan sekarang. Khabarnya YB Wahab sendiri mahu bunuh Azalina dengan Haru di Pengerang , YB Wahab mahu jadi politikus berjaya, YB Razali juga dengar nya makan dan gigit Azalina di Pengerang sekarang, Nizam juga dah mula diragui.

Inilah dia politik , masing masing mahu lepaskan diri masing masing , Bukan semuanya baik baik, Kalau tak 'selfish' dan kalau tidak jahat , susah mahu naik dalam politik ini, Kawan kerja dan campur ramai orang politik kat Pengerang ini, kawan tahu lah macam mana jahatnya politik kat Pengerang ini sejak Datuk masuk ke kawasan ini. Kepercayaan penduduk Pengernag sekarang sudah kurang sekarang kepada Azalina, Mereka sudah tidak yakin lagi kepada Azalina. Kita ada seorang wanita tulin sebagai YB di Pengerang ini pun sudah cukup , naka tempatan lagi. Sedih , kampung kita kucar kacir kerana ada orang luar yang masuk tunjuk jantan di kampung kita , mereka pergunakan dan laga laga kan kita sesama kita , dulu kita aman damai sesama kita, eloklah kita tak payah ada orang luar di Pengerang. Datuk Azalina ini memang benci sangat kepada YB Hamimah , (Kak Mimah) kononya kak mimah ni bodoh , tak ada pelajaran tinggi dan tidak bijak macam dia. Tak apalah kak Mimah . Tuhan maha kaya

Oleh : Unit IT Pemuda Perkasa Pengerang

Thursday, October 29, 2009

Apa salahnya Harun? Hebat sangat ke Azalina ini ?

Oleh:Si Kunang Kunang

Apa salah Harun ?
Adakah sebab Harun tidak sekaya Azalina maka kita perlu tolak dia. Apa kurang kepimpinan dia selama ini. Berapa lama dia sudah menjadi Wakil Rakyat . Kalau dia tidak baik dan tidak ada bakat selaku pemimpin sudah lama Harun di tolak oleh kepimpinan Pusat dan peringkat negeri Johor. Harun mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Johor dan DSYM dan juga DS Najib. Harun juga ada hubungan baik dengan pemimpin UMNO Johor. Tidak seperti Azalina yang hanya kini mahu berbaik baik dengan orang UMNO. Dulu dia mana suka orang UMNO . Dia sombong dan berlagak. Kenapa kita mahu tolak Harun. Apakah kerana Harun itu garang. Habis mahu pemimpin yang lembut. Susah lah kalau kita dapat pemimpin yang lembut. Harun bukan garang , dia tegas . Harun juga kita lihat ikhlas sebagai pemimpin . Harun sering ke masjid jika kita bandingkan dengan Azalina. Harun lebih kepada grass root dan menyeluruh. Cuma Harun tidak dapat mahu berikan ketua cawangan bercuti ke Medan atau menghantar orang Pengerang buat Umrah. Harun tak lah ada kontraktor yang boleh membantu Harun macam Azalina. Harun tak ada projek nak songlap . Maafkan lah Harun . Harun juga tidak boleh hantar sukarelawan sukarelawan ke program program di Kuala Lumpur atau mana mana . Mana Harun mahu cari duit bayar duit makan dan bayar sewa enam atau lapan biji Bas.

Harun juga tidak lah sebusuk hati Azalina , sanggup tabur surat layang ke masjid masjid dan juga menghantar kepada semua ketua cawangan , AJK Bahagian dan juga orang orang kampung memburukkan Harun. Harun juga tidak lah sanggup menghantar SMS memburukkan Azalina. Harun adalah manusia normal yang ada keluarga ada anak isteri dan hanya mahu memimpin secara aman. Harun juga tidak suka akan kekacauan yang berlaku di Pengerang sekarang. Perpaduan di Pengerang sekarang tidak seperti dahulu ketika Azalina tidak ada di Pengerang ini. Dahulu UMNO Pengerang bersatu bawah satu kepimpinan . Harun adalah segalanya dan rujukan kepada ahli UMNO Pengerang. Dahulu kita aman dan damai, Kita tidak bermusuh musuhan. Sekarang ada orang Azalina ada orang Harun dan ada juga yang kin i mahu membuat team sendiri. YB NIzam , YB Razali Abas , YB Wahab . Ini nama nama baru yang bercita cita mahu jadi YB.

Harun juga tidak lah sampai melahirkan sebuah kem Pembangkang PKR hingga sanggup bela si Am kerana mahu menang tanpa bertanding. Harun bertanding secara gentelman , Menang kerana rakyat yang memilih Harun , Tidak ada siapa lagi di Pengerang ini yang mengatakan mereka memlih Azalina. Pak Ayob ke , Pak Din ke ..... Pak Wan ke , mereka mana pernah undi Azalina. Tidak ada siapa yang undi Azalina untuk jadi pemimpin di Pengerang ini pada dua pilihan raya. Dia jadi ahli parlimen bukan nya dipilih. Kerana berbayar dan berpakat kerana membuka post PKR. Harun juga yang dituduh ......... Kadang kadang kesian tenguk Harun ini .

Zaman kegemilangan Azalina telah pun berakhir , dia akan tinggal di Kuala Lumpur dan tinggalkan Pengerang ini setelah mengaut keuntungan yang lumayan sebagai menteri. Tinggal lah Pak Kadir, Tinggal lah Pak Ayob, Tinggal lah Pak Wan . Ketua Mayarakat. Tinggal lah Kak Mimah , Tinggal lah Pak Din , Tinggal lah semua orang. Aku sudah klaya , kata nya. Aku tidak rugi apa apa meninggal kan Pengerang ini. Bukan kampung aku , bukan tempat lahir aku, Bukan ada ayah dan ibu aku di sini. Rumah ku di Kuala Lumpur dan kehidupan ku di Kuala Lumpur lagi mewah dan selesa. Selagi aku boleh tawan dan buat duit di Pengerang ini aku buat lah. Ini saja sumber yang tinggal pun. Kepada yang lupa diri kembali lah ke pangkal jalan kita bina balik Kapal kita yang hampir karam.


Wednesday, October 28, 2009

Azalina bagaikan Yahudi dapat tanah

Mujur kita dapat selamatkan YB Harun dari tergelincir terus dari politik Pengerang akibat kerja kotor si Azalina yang manabur wang untuk membeli pencalonan. Jika kita tidak dapat menarik tangan YB Harun tentu sekali kita akan hilang seorang pemimpin yang berwibawa di Pengerang ini. Azalina ini bagaikan Yahudi yang kita berikan tanah . Kita berikan sejengkal dia minta sedepa. Kita beri dia madu dia berikan kita racun.
Harun dengan ikhlas menerima Azalina, entah dari mana datang nya untuk menumpang rumah kita di UMNO Pengerang dan kita berikan dia tempat sebagai Naib untuk menjadijan tangga dan landasan bagi dia meneruskan kerjayanya dalam politik. Boleh lah dia jadi menteri . Bukan semua ketua bahagian yang mahu berikan peluang yang sedemikian kepada seseorang yang tidak kita ketahui budi bahasa dan asal usulnya.

Menang lah Si Azalina ini di Pengerang, Mula lah dia mengorak langkah , hilang hormat kepada Ketua Bahagian , Dia lupa kot , walaupun dia menteri tetapi Ketua Bahagian adalah ketua dia dalam UMNO Bahagian. Mesyuarat Bahagian tidak pernah datang dengan alasan sibuk selalu dengan tugasan sebagai menteri. Tak apa. Duit Peruntukan Parlimen yang sepatutnya diberikan sedikit untuk perbelanjaan ADUN diguna kan sendiri untuk kegunaan dia. Buat persatuan , persatuan tumpang untuk keluar kan duit. ADUN tidak merasa langsung peruntukan samapai lah Harun naik angin sewaktu sebelum pilihan raya yang lalu. Sebenarnya Harun sudah tidak senaraikan nama Azalina. Tetapi oleh kerana dia seorang menteri , nama dia naik balik di saat akhir. Tapi sekarang dia bukan lagi menteri,

Apalah salah orang tua Harun ini sehingga akhirnya Azalina yang menang tanpa bertanding secara tipu muslihat si Malim Kundang membuat pakatan komplot jatuhkan si Harun. Kecundang lah si Harun bila Azalina memerangkap Halidon dan beberapa Ketua cawangan lain melalui si Rahim Pekak (ini panggilan Tepak kepada Rahim) Kemudian Azalina gula gula kan si Nizam , kononnya Nizam boleh jadi calon pada penggal akan datang, Pada pilihan raya yang lalu , Azalina gunakan si Rizal gula gula kan Nizam kononnya Nizam boleh menjadi calon DUN Penawar gantikan YB azam. Azalina boleh buat dia jadi calon. Tapi tenpat itu bukannya Azalina janjikan kepada Nizam saja, Azalina juga janjikan kepada Ketua Pemuda si Razak dan beberapa orang lagi , Nizam sewaktu di Medan sudah berangan menjadi YB. Ialah YB Nizam , YB Nizam berucap mewakili UMNO bahagian Pengerang di Medan Indonesia. Insya alah PRU yang akan datang ini YB Nizam akan bertanding di bandar Penawar , YB Wahab akan bertanding di tempat YB Harun , Parlimen pula akan di tandingi oleh YB Razali Abas, Inilah benteng kuat Azalina , kata Rahim Pekak kepada orang kuat Azalina, Pastikan 3 orang ini jangan roboh kalau roboh mereka ini roboh lah Azalina. Kalau tempang mereka ini tempang lah Azalina . Hebat tiga orang ini.

Harun ini dikatakan garang, tapi inilah ciri ciri kepimpinan yang perlu ada kepada seorang pemimpin , biar garang jangan lidah bercabang atau mengkhianat rakyat dan merompak wang rakyat. Peribadi Harun diserang, sampai Haru dikatakan kahwin dua dan di selongkar nya lah cerita Harun kahwin dua , nak pecah belah kan rumah tangga Harun. Mujurlah Cik Gu Zizah tuh penyabar dan baik orang nya jika tidak tentu rumah tangga Harun sudah pecah belah. jahat betul perbuatan manusia ini, Mereka akan lakukan apa saja demi mendapatkan kuasa, Surat layang diedarkan untuk menjatuhkan Harun , untuk memecah belahkan UMNO Pengerang yang mana hasilnya akhir nya berjaya juga mereka melunturkan kesetiaan ahli UMNO Pengerang terhadap Harun, Wang ringgit di sogok. Percutian diberikan , jauh tuh,,,,,, sampai ke Medan , makan tanggung berak cangkung aja, yang lain main pancut , otomatik terpancut saja sendiri, Hebat , Ketua cawangan UMNO Pengerang pergi bercuti ke Medan, Duit Poket pun dapat.Peduli apa , bukan duit dia. Duit orang bagi , Nak kontrak korang bayarkan perbelajaan ke Medan Ini.

Akhirnya takhta dirampas. Akhirnya rumah YB Harun dirampas oleh Azalina yang pada mulanya YB Harun bagi tumpang bilik saja, Harun pula dihalu dari Master Bed Room duduk kat bilik orang gaji saja. Harun kini jadi pengikut kepada Azalina yang menjadi Bos nay sekarang. tapi jangan ridau Harun bin Abdullah, Itu nama sebenarnya sebelum menjadi YB. Jangan risau , ikut resam Isa Samad , terus berkhidmat kepada rakyat dan terus jadi popular , Insya alah anda akan kembali mendapatkan kerusi Ketua Bahagian. Berapa lama orang Macam Azalina ini boleh duduk di Pengerang ini, Sekarang pun dia sudah panas miang. dia pun sudah tak larat lagi nak teguk muka orang Pengerang, Dulu boleh lah , Datuk Menteri , Sekarang Datuk Seri Ketua Bahagian aja. Inilah kekuasaan tuan , kekuasaan Allah SWT.. Yang benar akan tetap benar , yang salah dan yang jahat akan menerima hukuman.

Sebelum ada nya Azalina , Politik Pengerang tidak lah kotor , tidak ada yang pandai politik wang tidak ada yang pandai menagih kekayaan dari politik. Harun lah tempat rujukan dan tempat semua belajar berpolitik. Jangan lah sampai generasi kita yang akan datang nanti menjadi politikus yang rakus dan yang bermain dengan wang . Semua nya dilakukan hanya kerana wang dan tiada yang ikhlas lagi.
Fikir fikirkan lah dan renung renungkan lah.


Oleh : Si Kunang Kunang

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Melayari Blog U media baru

Salam Perkenalan dan Selamat ke U Media Baru sebuah blog yang akan memaparkan persembahan yang terkini dan sensasi. Teruskan bersama kami. Blog ini mengharapkan sumbangan dari teman teman untuk menulis bagi menghangatkan lagi arena politik tanah air . Emailkan kepada Cronnic_s@yahoo.com atau post kan ke ruang comment . terima kasih dari Bro Chronic.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP