Sunday, November 1, 2009

Azalina tak keharuan ??????

Kawan kelakor juge bila dengar khabor bahawa Azalina mengadu nasib dengan TSYM masa lawatan TSMY ke Pengerang baru baru ini. Kate nya Azalina mintak jadi menteri kabinet balik dalam ucapan dia . entah ia , entah tidak kawan pun tak pasti , tapi gitu le cerita orang orang kampung sini, ramai lah orang orang di felda felda ini berkata Azalina merayu mintak jadi menteri kembali. kalau jadi , bagus juge.... Ketua bahagian kita menteri.


Ada kawan kawan kita beritahu dengan kawan, katanya datuk skarang sudah tidak keharuan apabila dia tidak menyangka orang orang Pengerang ni pandai baca internet. Kabornya semua sudah tahu tentang pendedahan datuk dan ramai yang sudah tahu cerita sebenar Datuk Seri Azalina ini. Malu amat kepalang , tetapi dalam pada malu itu Datuk ini memang terkenal juga dengan muka kulit tebalnya,

Yang lagi best ada juga kawan kawan dari pejabat yang berpengaruh bercerita kepada kawan, katanya sebenarnya Datuk Azalina ini sangkut dah dengan SPRM , cuma belum lagi nak diumumkan saja lagi , menunggu masa yang terbaik dan waktu yang baik saja lagi, tak tahu lah kawan sejauh mana betul nya cerita ini , tapi ini lah yang hangat di perkatakan, Masa depan datuk dalam politik rasanya sudah hanyut di bawa arus laut Cina Selatan. Tunggu masa saja, Sesiapa yang ikut arus sama sama dengan Datuk ini rasanya akan ikut arus juga.

Eloklah jangan buang masa , cari lah jalan yang baik untuk selamatkan politik masing masing, Harun masih bertahan, Orang Politik macam Harun ni liat sikit nak mati. Azalina sebenarnya nak mati kan terus politik Harun baru baru ini tapi Harun bijak , Ada wee lagi , Harun masih bernafas, bukan nafas ikan , kini bertambah kencang nafas dia,. Azalina pulak yang bernafas ikan sekarang. Khabarnya YB Wahab sendiri mahu bunuh Azalina dengan Haru di Pengerang , YB Wahab mahu jadi politikus berjaya, YB Razali juga dengar nya makan dan gigit Azalina di Pengerang sekarang, Nizam juga dah mula diragui.

Inilah dia politik , masing masing mahu lepaskan diri masing masing , Bukan semuanya baik baik, Kalau tak 'selfish' dan kalau tidak jahat , susah mahu naik dalam politik ini, Kawan kerja dan campur ramai orang politik kat Pengerang ini, kawan tahu lah macam mana jahatnya politik kat Pengerang ini sejak Datuk masuk ke kawasan ini. Kepercayaan penduduk Pengernag sekarang sudah kurang sekarang kepada Azalina, Mereka sudah tidak yakin lagi kepada Azalina. Kita ada seorang wanita tulin sebagai YB di Pengerang ini pun sudah cukup , naka tempatan lagi. Sedih , kampung kita kucar kacir kerana ada orang luar yang masuk tunjuk jantan di kampung kita , mereka pergunakan dan laga laga kan kita sesama kita , dulu kita aman damai sesama kita, eloklah kita tak payah ada orang luar di Pengerang. Datuk Azalina ini memang benci sangat kepada YB Hamimah , (Kak Mimah) kononya kak mimah ni bodoh , tak ada pelajaran tinggi dan tidak bijak macam dia. Tak apalah kak Mimah . Tuhan maha kaya

Oleh : Unit IT Pemuda Perkasa Pengerang

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP